Monday, 17 June 2013

KELEBIHAN BERPAKAIAN LABUH

Assalamualaikum sahabat ana yang ana kasihi, semoga sahabat ana dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Aamiiin.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, sejak diri ini berhijrah daripada zaman jahiliyah ana rasa bahagia, tenang dan selesa dengan kehidupan ana kini. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi ketenangan ana rasai dengan berpakaian labuh dan menutup aurat dan berniqab. Pakaian yang menjadi rutin harian ana kini adalah baju kurung labuh, palazo, baju-baju muslimah yang labuh dan abaya/jubah. Tetapi apabila keluar dari rumah, ana suka mengenakan pakaian labuh seperti jubah. Kerana pakaian labuh itu dapat melindungi ana agar aurat sentiasa dalam keadaan selamat dan terjaga. Malah, pakaian labuh kebiasaannya longgar, maka telah memenuhi syarat Menutup Aurat dengan betul iaitu tidak memperlihatkan bentuk tubuh badan kepada yang lain.

Dengan berpakaian labuh, ana dapat bersiap sedia setiap masa. Jika ana perlu solat di luar rumah, ana juga tidak perlu risau jika ana tidak mempunyai telekung atau terlupa membawanya. Cukuplah digantikan dengan handsock, stokin dan pakaian yang labuh. In Shaa Allah dengan berbaju longgar dan labuh, memakai handsock dan stokin, dapatlah kita menunaikan solat di tempat yang berdekatan tanpa rasa ragu-ragu lagi.
Secara peribadinya, apabila ana memakai pakaian labuh dan longgar, ana akan berwaspada dengan tingkah laku dan percakapan ana atau ikhtilat agar tidak melanggar adab seorang wanita Islam. Ingatan juga buat diri ana bahawa "Allah Maha Melihat Apa Yang Kamu Buat."

Antara kelebihan lainnya pula, apabila berada di khalayak ramai mata-mata kurang tertumpu pada kita, kerana kebiasaannya manusia ini suka melihat pada kecantikkan. Namun harus diingat, jika berpakaian labuh dan longgar serta berniqab, tetapi masih dapat menarik perhatian orang ramai dengan warna pakaian yang menggoda serta kain digunakan nipis atau jarang dan make up tebal di muka atau mata, samalah juga anda menpertontonkan kecantikkan diri pada yang lain. Ingatlah bahawa kecantikkan anda itu hanya untuk yang halal sahaja. Jadi, anda tidak harus merasa bangga dan beranggapan bahawa anda sudah pun Menutup Aurat.

Nasihat ana di sini, tingkatkan Ilmu berkenaan Aurat Wanita Islam dan Berniqab. Sentiasalah bersikap cerewet dalam pemilihan pakaian menutup aurat, walaupun ianya baju kurung atau jubah. Ini kerana pasaran pakaian muslimah semakin mendapat tempat tetapi masih tidak menitikberatkan soal menutup aurat dengan betul.

Semoga sahabat semua sentiasa berhati-hati dalam Menutup Aurat. Ingatlah bahawa Islam menyuruh kita Menutup Aurat, bukan Membungkus Aurat. Sehingga kita berjumpa lagi pada coretan akan datang, Assalamualaikum Sahabat Fillah. Ana Uhibukum Fillah Fill Jannah.




Wednesday, 12 June 2013

JANGAN TERBURU-BURU SAHABAT KU.

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT FILLAH. 

Bismillahirrahmanirahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Untuk sesiapa sahaja yang bertanya tentang NIAT/HAJAT untuk memakai NIQAB. Ana menerima satu soalan mengenai hasrat dan minat memakai niqab sedangkan empunya badan belum menutup aurat dengan sempurna.

Ana memilih untuk memberikan respon di sini kerana ianya sering ditanyakan. Hasrat dan niat mengamalkan kebaikkan itu sudah berpahala di sisi Allah. Jika kita berusaha melaksanakannya, kita mendapat 10 kali ganda pahala. AllahuRabbi. Cara melaksanakannya ialah tingkatkan ilmu pengetahuan berkenaan amalan yang mahu dibuat. lihat serta perhati rasional dan hujjah fuqaha mengenai hukum berniqab. Selepas difahami dan diyakini, barulah beramal dengannya.

Beramal dengan ilmu merupakan tuntutan dalam Islam. Mulakan dari yang asas seperti memakai tudung dengan sempurna, melonggarkan pakaian sehingga melindungi bentuk tubuh, memakai stokin. Selepas rasa izzah menyerapi jiwa dengan konsep hijab yang asas itu, barulah mulai berpurdah. Jika terasa mampu, mahu terus berniqab ddan melonggarkan pakaian sekaligus pun tidak mengapa. Namun ana bimbang jikalau hati belum kuat berdepani cabaran dipandang pelik dan dicaci mereka yang berpenyakit hatinya. 

Semoga terus kuat dan tabah, semoga terus bahagia dan tamak memburu CINTA ILAHI. Allahuma aamiiin.




Wednesday, 6 February 2013

PENGHIJRAHAN ITU NIKMAT DI AKHIRAT


Assalamualaikum, Penghijrahan bukanlah satu keputusan yang senang untuk dilakukan. Tetapi ianya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat satu keputusan. Hari ini, 06/02/2013 sudah 5 bulan aku hidup dalam dunia baruku. Kematian itu bukanlah satu perkara yang senang dan bukanlah satu perkara yang mudah. Sedangkan kekasih Allah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri pun terasa sakitnya apabila Malaikat Maut datang mencabut nyawa baginda, apatah lagi kita yang terlalu banyak dosa dan rapuh ibadat di Dunia. Ramai sahabat sekeliling yang tidak dapat menerima perubahanku, tetapi ramai juga sahabat yang memberi semangat kepadaku untuk terus mendekatkan diri kepada Allah. Penhijrahan yang aku lakukan ini adalah kerana Allah s.w.t, bukanlah kerana inginkan pujian. Aku hanya menginginkan tempat yang selesa di Akhirat nanti, bukanlah Dunia yang aku agungkan. Tetapi Akhirat yang aku harapkan dan Jannah yang aku impikan. Aku hanya manusia biasa, aku tidak ada kuasa dan tidak ada hak untuk menghukum sahabat yang membenci akan perubahanku, tetapi aku hanya mampu berdoa agar Allah membuka pintu hati mereka untuk berhijrah ke jalan Allah.

Wahai sahabat ku, ketahuilah oleh kalian bahawa hidup ini hanyalah sementara, tiada apa yang dapat kita semua bawa melainkan Ibadat yang kita lakukan di ketika hidupnya kita di Dunia pinjaman ini. Kematian itu pasti, takutlah kita akan seksaan Allah di Akhirat sana. Merintihlah kita, menangislah kita, meratap dan mengharaplah kita pada Allah agar dapat diberikan masa yang panjang untuk kita terus mencari Sinar ke Jalan Allah. Hidup seorang Dai'e bukanlah mudah, malah selalu dicaci dan dihina.

" SubhanAllah, Ya Rabb. Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran, agar aku mampu bertahan dengan setiap ujian yang Kau berikan. Jadikanlah aku seorang Mujahidah yang Beristiqomah, yang sentiasa bersujud untukMu. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini, kerana ini hanyalah Dunia. Tidak penting di mana aku bermula, tetapi lebih penting di mana aku akan Berakhir. Aku dilahirkan dalam Islam, diazankan oleh Ayah yang Islam, disusukan oleh Ibu yang Islam, maka matilah juga aku dalam keadaan yang Beriman dan Islam Ya Allah. Aamiiin. :'( "









Tuesday, 6 November 2012

Indahnya Penghijrahan .

MENUTUP AURAT
Apabila menyebut tentang menutup aurat, biasanya ia dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya . Seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja dan sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam .

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan . Sudah pasti perkataan lawan bagi AURAT adalah SEKSI . Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat . Itu adalah perkara yang sekian lama bermain di benak kita kan .

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi? Dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat ,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga . Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia . Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian .

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam . Mereka punyai nafsu dan perasaan . Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya .

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia . Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya .

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu . Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya .

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal . Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya . Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat . Tetapi nilai itu yang membezakan mereka . Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah . Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian . Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah . Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain .

Allah itu Maha Bijaksana . Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama '' gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang . ''

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa . Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat . Itu adalah hakikat yang benar .

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk . Itu adalah soal hati . Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap .

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah .

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan . Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya. Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik . Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah . Wallahu'alam .
Perintah Menutup Aurat telah di firmankan oleh Allah dalam Surah Al Ahzab, Ayat 33 :

'' Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). ''