Wednesday, 6 February 2013

PENGHIJRAHAN ITU NIKMAT DI AKHIRAT


Assalamualaikum, Penghijrahan bukanlah satu keputusan yang senang untuk dilakukan. Tetapi ianya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat satu keputusan. Hari ini, 06/02/2013 sudah 5 bulan aku hidup dalam dunia baruku. Kematian itu bukanlah satu perkara yang senang dan bukanlah satu perkara yang mudah. Sedangkan kekasih Allah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri pun terasa sakitnya apabila Malaikat Maut datang mencabut nyawa baginda, apatah lagi kita yang terlalu banyak dosa dan rapuh ibadat di Dunia. Ramai sahabat sekeliling yang tidak dapat menerima perubahanku, tetapi ramai juga sahabat yang memberi semangat kepadaku untuk terus mendekatkan diri kepada Allah. Penhijrahan yang aku lakukan ini adalah kerana Allah s.w.t, bukanlah kerana inginkan pujian. Aku hanya menginginkan tempat yang selesa di Akhirat nanti, bukanlah Dunia yang aku agungkan. Tetapi Akhirat yang aku harapkan dan Jannah yang aku impikan. Aku hanya manusia biasa, aku tidak ada kuasa dan tidak ada hak untuk menghukum sahabat yang membenci akan perubahanku, tetapi aku hanya mampu berdoa agar Allah membuka pintu hati mereka untuk berhijrah ke jalan Allah.

Wahai sahabat ku, ketahuilah oleh kalian bahawa hidup ini hanyalah sementara, tiada apa yang dapat kita semua bawa melainkan Ibadat yang kita lakukan di ketika hidupnya kita di Dunia pinjaman ini. Kematian itu pasti, takutlah kita akan seksaan Allah di Akhirat sana. Merintihlah kita, menangislah kita, meratap dan mengharaplah kita pada Allah agar dapat diberikan masa yang panjang untuk kita terus mencari Sinar ke Jalan Allah. Hidup seorang Dai'e bukanlah mudah, malah selalu dicaci dan dihina.

" SubhanAllah, Ya Rabb. Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran, agar aku mampu bertahan dengan setiap ujian yang Kau berikan. Jadikanlah aku seorang Mujahidah yang Beristiqomah, yang sentiasa bersujud untukMu. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini, kerana ini hanyalah Dunia. Tidak penting di mana aku bermula, tetapi lebih penting di mana aku akan Berakhir. Aku dilahirkan dalam Islam, diazankan oleh Ayah yang Islam, disusukan oleh Ibu yang Islam, maka matilah juga aku dalam keadaan yang Beriman dan Islam Ya Allah. Aamiiin. :'( "