Monday 17 June 2013

KELEBIHAN BERPAKAIAN LABUH

Assalamualaikum sahabat ana yang ana kasihi, semoga sahabat ana dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Aamiiin.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, sejak diri ini berhijrah daripada zaman jahiliyah ana rasa bahagia, tenang dan selesa dengan kehidupan ana kini. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi ketenangan ana rasai dengan berpakaian labuh dan menutup aurat dan berniqab. Pakaian yang menjadi rutin harian ana kini adalah baju kurung labuh, palazo, baju-baju muslimah yang labuh dan abaya/jubah. Tetapi apabila keluar dari rumah, ana suka mengenakan pakaian labuh seperti jubah. Kerana pakaian labuh itu dapat melindungi ana agar aurat sentiasa dalam keadaan selamat dan terjaga. Malah, pakaian labuh kebiasaannya longgar, maka telah memenuhi syarat Menutup Aurat dengan betul iaitu tidak memperlihatkan bentuk tubuh badan kepada yang lain.

Dengan berpakaian labuh, ana dapat bersiap sedia setiap masa. Jika ana perlu solat di luar rumah, ana juga tidak perlu risau jika ana tidak mempunyai telekung atau terlupa membawanya. Cukuplah digantikan dengan handsock, stokin dan pakaian yang labuh. In Shaa Allah dengan berbaju longgar dan labuh, memakai handsock dan stokin, dapatlah kita menunaikan solat di tempat yang berdekatan tanpa rasa ragu-ragu lagi.
Secara peribadinya, apabila ana memakai pakaian labuh dan longgar, ana akan berwaspada dengan tingkah laku dan percakapan ana atau ikhtilat agar tidak melanggar adab seorang wanita Islam. Ingatan juga buat diri ana bahawa "Allah Maha Melihat Apa Yang Kamu Buat."

Antara kelebihan lainnya pula, apabila berada di khalayak ramai mata-mata kurang tertumpu pada kita, kerana kebiasaannya manusia ini suka melihat pada kecantikkan. Namun harus diingat, jika berpakaian labuh dan longgar serta berniqab, tetapi masih dapat menarik perhatian orang ramai dengan warna pakaian yang menggoda serta kain digunakan nipis atau jarang dan make up tebal di muka atau mata, samalah juga anda menpertontonkan kecantikkan diri pada yang lain. Ingatlah bahawa kecantikkan anda itu hanya untuk yang halal sahaja. Jadi, anda tidak harus merasa bangga dan beranggapan bahawa anda sudah pun Menutup Aurat.

Nasihat ana di sini, tingkatkan Ilmu berkenaan Aurat Wanita Islam dan Berniqab. Sentiasalah bersikap cerewet dalam pemilihan pakaian menutup aurat, walaupun ianya baju kurung atau jubah. Ini kerana pasaran pakaian muslimah semakin mendapat tempat tetapi masih tidak menitikberatkan soal menutup aurat dengan betul.

Semoga sahabat semua sentiasa berhati-hati dalam Menutup Aurat. Ingatlah bahawa Islam menyuruh kita Menutup Aurat, bukan Membungkus Aurat. Sehingga kita berjumpa lagi pada coretan akan datang, Assalamualaikum Sahabat Fillah. Ana Uhibukum Fillah Fill Jannah.




Wednesday 12 June 2013

JANGAN TERBURU-BURU SAHABAT KU.

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT FILLAH. 

Bismillahirrahmanirahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Untuk sesiapa sahaja yang bertanya tentang NIAT/HAJAT untuk memakai NIQAB. Ana menerima satu soalan mengenai hasrat dan minat memakai niqab sedangkan empunya badan belum menutup aurat dengan sempurna.

Ana memilih untuk memberikan respon di sini kerana ianya sering ditanyakan. Hasrat dan niat mengamalkan kebaikkan itu sudah berpahala di sisi Allah. Jika kita berusaha melaksanakannya, kita mendapat 10 kali ganda pahala. AllahuRabbi. Cara melaksanakannya ialah tingkatkan ilmu pengetahuan berkenaan amalan yang mahu dibuat. lihat serta perhati rasional dan hujjah fuqaha mengenai hukum berniqab. Selepas difahami dan diyakini, barulah beramal dengannya.

Beramal dengan ilmu merupakan tuntutan dalam Islam. Mulakan dari yang asas seperti memakai tudung dengan sempurna, melonggarkan pakaian sehingga melindungi bentuk tubuh, memakai stokin. Selepas rasa izzah menyerapi jiwa dengan konsep hijab yang asas itu, barulah mulai berpurdah. Jika terasa mampu, mahu terus berniqab ddan melonggarkan pakaian sekaligus pun tidak mengapa. Namun ana bimbang jikalau hati belum kuat berdepani cabaran dipandang pelik dan dicaci mereka yang berpenyakit hatinya. 

Semoga terus kuat dan tabah, semoga terus bahagia dan tamak memburu CINTA ILAHI. Allahuma aamiiin.